Thursday, February 3, 2011

Kamus Bugis at neofrenz

lama gila dah tak post entry,haha.

Anyway, i just wanna post this weblink neofrenz.com.
This website has dictionaries for some of the nusantara's language including BUGIS. :)

Monday, October 11, 2010

Mari Belajar Bahasa Bugis: Edisi Haiwan Peliharaan/ Pet

Ini merupakan sebahagian haiwan yang biasa menjadi peliharaan kita manusia.

Haiwan peliharaan/ternakan


Bahasa Bugis

Bahasa Melayu

Asu

Anjing

Bale

Ikan

Burung

Burung

Bembek

Kambing

Manuk

Ayam

Meong

Kucing

Nyarang

Kuda

Tedong

Kerbau


OK, ni beberapa nama haiwan yang kita biasa dengar atau mungkin terserempak.


Bahasa Bugis

Bahasa Melayu

Balesu

Tikus

Balipeng

Lipan

Boaja

Buaya

Kanjopang

Lipas

Ulla

Ular

*Di Tana Ugi, takda gajah.


Jika anda ada pembetulan atau ingin menambah, sila buat di bahagian komen. Sekian. hehehe.


Saturday, September 25, 2010

Mari Belajar Bahasa Bugis: Edisi Anggota Badan

Okeylah hari ni, aku rasa sangat malas untuk study jadi aku pun p la melukis menggunakan GIMP dan touchpad laptop. Hasilnya anak baju biru di bawah ni.

Mari kita gunakan dia sebagai model untuk pelajaran tentang anggota badan manusia kita pada kali ini. haha


Anggota badan

BugisMelayu
ulungkepala
ellong*leher
cekkong*tengkuk
cigoroktekak
limatangan
jarijari
sikkusiku
babuakperut
posikpusat
poppangpaha
uttulutut
witikbetis
aje**kaki

*e dalam perkataan cekkong dan ellong adalah seperti dalam perkataan pergi
**e dalam perkataan aje adalah seperti dalam perkataan lempar




Bagi bahagian muka anda boleh rujuk entri yang lalu click here




nota: ini mungkin bukanlah sebutan sebenar seperti yang dituturkan oleh masyarakat bugis di tanah ugi. ini cuma berdasarkan pengalaman saya mendengar perbualan seharian masyarakat bugis di sekeliling saya. mungkin ada sedikit perbezaan memandangkan di tanah ugi sendiri terdapat pelbagai dialek.

Friday, September 24, 2010

Mari Belajar Bahasa Bugis: Edisi Rasa

Saya rasa pelajaran ini agak penting dalam perbualan sehari-harian kita. Mudah saja, mari kita belajar sama-sama. :)

Seperti dalam bahasa melayu,rasa juga di sebut rasa dalam bahasa bugis.

macanning- manis
macukka- masam
mapejje-masin
mafaik- pahit
mapella- panas
makelle- sejuk
mapesse- pedas (sebenarnya pedas bukanlah sejenis rasa)


contoh:

macanning laddek kopina e' , taroang golla ceddek.
manis sungguh kopinya, letak gula sedikit.

jika anda ada apa-apa tambahan/pertanyaan silalah komen entri ini. :)





nota: ini mungkin bukanlah sebutan sebenar seperti yang dituturkan oleh masyarakat bugis di tanah ugi. ini cuma berdasarkan pengalaman saya mendengar perbualan seharian masyarakat bugis di sekeliling saya. mungkin ada sedikit perbezaan memandangkan di tanah ugi sendiri terdapat pelbagai dialek.

Sunday, September 12, 2010

Mari Belajar Bahasa Bugis: Install Font Bugis (lontara) di Desktop Windows Anda.

Hi, kali ni saya ajar kamu yang guna Windows untuk install font lontara (tulisan Bugis) di desktop kamu pulak ok? Lepas ni boleh la kamu menaip lontara di desktop kamu.

1. Download http://upload.wikimedia.org/wikipedia/bug/9/97/Layout02.zip.pdf (lepas tu, tukar nama ke layout02.zip.)

2. Unzip. Klik "buginese.msi". Ini akan mulakan instalasi Lontara tu. Selesai itu, klik Start -> Control Panel -> Regional and Language Options.

3. Klik butang "Languages"-> "Text Service and Input Language" -> Details

4. Klik and dan pilih "Bulgarian" (tak da Bugis, Bulgarian guna kod BG).Di bawah "keyboar layout/ie" Bulgarian akan di pilih. Skrol ke "bugis" dan klik OK.

5. Klik "Language Bar" dan cek kotak "show the language bar on the desktop". Klik OK dan OK lagi.

6. Dekat Taskbar akan ada button yang tulis EN. Klik dan pilih "Bulgarian". Lepas tu taip la macam biasa. Tulisan Bugis nanti keluar lah.

Selamat mencuba.


Credit to Mark; text asal dari sini www.gossamer-threads.com/lists/wiki/wikitech/44893

Untuk pengguna Linux, anda boleh menggunakan tutorial ini click here

Mari Belajar Bahasa Bugis: Install Font Bugis (lontara) di Desktop Anda.

Okey, kamu rasa kamu suda champin/terer bahasa Bugis dan tulisan Bugis. Jadi kamu pun mau lah menaip tulisan Bugis tu dalam word prossesor kan. Tapi macam mana? Nah, ini lah saya mau ajar kali ni.

Tips ini hanyalah dapat di aplikasikan oleh mereka yang hensem dan kacak seperti saya yang menggunakan operating system Linux dan anak beranaknya seperti Ubuntu dan Fedora.

Keperluan
1.Font Saweri ver2.
2.Input method for Linux

Steps
1. Download lah barang keperluan anda itu di sini, Saweri

2. Ekstrak fails yang anda telah download itu di mana2 anda suka

3. Untuk font, copy ke /home/username/.fonts.

4. Untuk input method tu, copy fail bug.Inm dan bug-lontara.mim ke folder /usr/share/m17n/.

5. Buka iBus anda dan pergi ke Preferences>Input Method>Select an input method. Cari input Buginise dan tekan butang Add.

6. Restart iBus anda.

7. Anda sudah bole guna font ini dengan mengaktifkan input Buginese ketika menaip.

*font ini menggunakan keyboard layout : US


kredit font kepada Andi Rady Kurniawan

Wednesday, August 18, 2010

mari belajar bahasa bugis edisi '"KELUARGA"

jda bekulat blog ni...malas tak ada masa nak update...

cut the crap..mari kita blajar bhs bugis lagi ...kali ni pasal keluarga plak

KELUARGA

BMBB
datuklatok
neneknene
ayahambo'
emakindo'
pakcikmakcikamure
abang/kakakdaeng
adikandi/anri'
sepupusappusiseng
menantumanettu
mentuamettua
anak saudaraanure
cucueppo



ok, sekian terima kasih :)