Saturday, September 25, 2010

Mari Belajar Bahasa Bugis: Edisi Anggota Badan

Okeylah hari ni, aku rasa sangat malas untuk study jadi aku pun p la melukis menggunakan GIMP dan touchpad laptop. Hasilnya anak baju biru di bawah ni.

Mari kita gunakan dia sebagai model untuk pelajaran tentang anggota badan manusia kita pada kali ini. haha


Anggota badan

BugisMelayu
ulungkepala
ellong*leher
cekkong*tengkuk
cigoroktekak
limatangan
jarijari
sikkusiku
babuakperut
posikpusat
poppangpaha
uttulutut
witikbetis
aje**kaki

*e dalam perkataan cekkong dan ellong adalah seperti dalam perkataan pergi
**e dalam perkataan aje adalah seperti dalam perkataan lempar




Bagi bahagian muka anda boleh rujuk entri yang lalu click here




nota: ini mungkin bukanlah sebutan sebenar seperti yang dituturkan oleh masyarakat bugis di tanah ugi. ini cuma berdasarkan pengalaman saya mendengar perbualan seharian masyarakat bugis di sekeliling saya. mungkin ada sedikit perbezaan memandangkan di tanah ugi sendiri terdapat pelbagai dialek.

No comments:

Post a Comment